Ahad, 26 September 2010

Testimoni

Testimoni

Nota : Kesembuhan adalah anugerah Tuhan kepada hambaNya. Setiap orang mungkin akan mendapat kesan yang berbeza dengan mengamalkan produk-produk HPA.
Mulakan dengan Bertaubat, Bersedekah dan Berdoa bagi lebih memujarabkan penggunaan produk-produk ini.

Testimoni Keberkesanan Produk HPA

KOPI RADIX MENURUNKAN BERAT BADAN
”Saya telah mencuba produk HPA, saya dapati berat badan saya semakin berkurangan setelah mengamalkan KOPI Radix, Plantisol, Omega 3, Pelawas dan herba-herba lain. Sebelum ini berat badan saya ialah 135 kg dan setelah mengamalkan produk-produk tersebut, ia telah berkurang menjadi 123kg.”
-Mohd Hazizi bin Deraman (20 tahun) - Kelantan


KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT PERUT
“Ini berlaku kepada salah seorang ‘downline’ saya. Pada kebiasaannya beliau akan mengalami sakit perut sekiranya tidak makan pada waktu tengahari. Baru-baru ini beliau telah mencuba Kopi Radix dan agak mengejutkan apabila sakit perut yang sering dialami apabila lambat makan ternyata tidak berlaku pada waktu kebiasaannya. Alhamdulillah, kini beliau telah mengamalkan Kopi Radix sebagai program diet dan menurut beliau pinggangnya juga mulai ramping. Kalau tak percaya cubalah ..! ”
-Azwan Effendy b. Ahmad Zahidi (25 tahun) - Kedah



KOPI RADIX MEMBERI KECERGASAN

“Alhamdulillah, dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi Radix sekali pun saya salah seorang ahli HPA. Namun kini saya telah dapat mencubanya sendiri. Saya mengamalkannya pada sebelah pagi dan saya merasakan diri saya lebih bertenaga semasa bekerja dan tidak lagi mengantuk, lebih-lebih lagi pada waktu tengahari.”
-Mohd Hafiz b. Abdul Razak (32 tahun) - Pulau Pinang



KOPI RADIX MENYEMBUHKAN SAKIT LUTUT

“Saya mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan. Kesannya, saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja berat lagi. Saya telah mencuba Kopi Radix dan herba Radix kapsul selama beberapa bulan dan akhirnya syukur Alhamdulillah kini saya dapat bergerak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini. Rasa sakit sama sekali telah hilang. ”
-Muhammad Azahari b. Mat (22 tahun) – Kedah


KOPI RADIX, HERBA TUJU ANGIN DAN MADU MENYEMBUHKAN SAKIT TULANG BELAKANG
“Saya telah mengamalkan Herba Tuju Angin, Kopi Radix dan Madu Asli. Alhamdulillah, penyakit yang saya alami iaitu sakit tulang belakang selama 3 tahun pun hilang.”
-Abdul Razak bin Shukor (45 tahun) - Selangor


KOPI RADIX MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
“Apabila selalu mengamalkan Kopi Radix, saya menjadi semakin ketagih pada Kopi Radix. Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopi Radix. Pokok Tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin merokok. Apabila kita menghisap kayunya yang mempunyai rasa manis itu secara tidak langsung ia menghilangkan mood untuk merokok kerana mulut sudah tawar dan tidak dapat lagi merasai kenikmatan merokok. InsyaAllah, boleh cuba…… HPA BOLEH!!!”
-M. Helmi  (24 tahun) - Selangor



KOPI RADIX DAN OMEGA 3 MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK

“Sepanjang menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan produk-produk yang saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya mengamalkan Kopi Radix dan Omega 3 sebagai minuman harian dan bekalan ke tempat kerja. Setelah melahirkan, apa yang saya lihat pada ketika anak berumur 9 bulan, dia sudah mampu berdiri dan berjalan. Anak saya cukup aktif dan ketahanan tubuhnya cukup kuat.
-Asnieah bt. Badri @ Nazri (39 tahun) - Pulau Pinang


KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT KEPALA
“Assalamualaikum……saya adalah orang yang baru mengenali produk HPA. Antara barang yang diperkenalkan kepada saya adalah Kopi Radix. Sebelum saya minum Kopi Radix, saya selalu sakit kepala. Hampir setiap hari saya mengalami sakit kepala. Namun suatu yang menakjubkan, semenjak saya mengamalkan Kopi Radix, sakit kepala yang saya alami sudah sembuh dan sehingga kini ia tidak lagi menyerang. Badan saya terasa semakin sihat dan bertambah ceria ALHAMDULILLAH…SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA….. wassalam.”
-Hj. Nazarudin bin Mukhtar (30 tahun) - Selangor


KOPI RADIX UNTUK MASALAH USUS
“Saya mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi Radix dan Omega-3. Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya telah membuang air besar sebanyak 9 kali, pada hari kedua, sebanyak 5 kali dan pada hari ketiga penyakit saya telah sembuh seperti sediakala. Saya amat bersyukur kepada Ilahi di atas kesembuhan ini dan saya dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa. Terima kasih HPA”
-Faizul Azrie bin Ismail (26 tahun) - Kelantan


BERBEKAM DAN KOPI RADIX
“Alhamdulillah, setelah saya berbekam, ramai teman saya yang ikut berbekam dan hasilnya memang luar biasa. Ada pesakit saya yang sesak nafas / nafas pendek dan sakit saat tarik nafas, setelah berbekam di bahagian belakang dan dada. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang sudah sembuh dan penyakit yang lain turut lenyap iaitu sakit mag (gastric). Ada sesetengah yang mempunyai penyakit malaria dan tipes. Setelah menjalani terapi bekam dan minum Kopi Radix, saya sudah sihat dan segar….” Terima kasih HPA dan para guruku….!!!!”
-Bahari bin Tito Laksono (32 tahun) – Indonesia


Sumber: Buku Radix Satu Kajian oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.)

NAMA: NURUL AFIQAH OSMAN, 19 TAHUN.
KERJAYA: PELAJAR (STPM)

“Sebelum mengenali HPA, saya sering keluar masuk hospital kerana penyakit asma yang teruk selain sesunggut. Boleh dikatakan, sebulan dalam dua atau tiga kali saya terpaksa mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital. Ubat dan ‘inhaler’ (ubat asma dalam bentuk sedutan) terpaksa dibawa ke mana saja saya pergi. Alhamdulillah, selepas mengenali HPA pada 2005 dan mengamalkan beberapa produk seperti Kopi Radix dan beberapa herba yang dicadangkan herbalis HPA, saya kini tidak lagi menghadapi masalah asma dan sesunggut yang sungguh menyakitkan terutama ketika haid.”

NAMA: GHAZALI RAMLEE, 22 TAHUN
KERJAYA: PELAJAR UNIMAS.

“Saya menghadapi masalah usus yang serius sehingga menganggu pembelajaran saya di universiti. Apabila mengenali HPA dan menerusi nasihat herbalis saya mengamalkan herba Pelawas, Tuju Angin dan Kopi Radix. Syukur kepada Allah SWT kerana penyakit saya kini hilang selepas mengamalkannya selama enam bulan.”

NAMA: EMILLIA BACHEE, 30 TAHUN
STATUS: AHLI HPA SARAWAK.

“Saya mempunyai ’sis’ (ketumbuhan) pada ovari dan doktor memaklumkan tidak boleh melahirkan anak. Namun, semuanya terletak pada kuasa Allah SWT kerana selepas mengamalkan produk HPA seperti Kopi Radix, Paramaria Plus dan beberapa herba lagi, ’sis’ itu hilang. Saya kini berdoa untuk memperolehi zuriat.”

NAMA: ZAHRAH MINAN, 34 TAHUN
BRKERJAYA : PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM.

“Saya mengalami masalah gastrik yang cukup teruk sejak 1994 lagi. Lambat makan saja, peluh dingin akan mula keluar dan perut terasa sakit yang amat sangat. Pada masa itu, setiap apa yang masuk ke dalam perut, akan keluar semula. Alhamdulillah, sejak mengenali produk HPA dan mengamalkan Kopi Radix serta Ubat Tuju Angin, penyakit gastrik saya hilang sama sekali.”

NAMA: ROKIAH BOHARI, 42 TAHUN
KERJAYA: LEADER SARAWAK

“Anak saya seorang yang ‘avarage’ sederhana saja di dalam kelas sebelum ini. Namun, dengan mengamalkan Omega 3, anak saya kini lebih berkeyakinan dan ‘menangkap’ pembelajaran di kelas dengan cukup mengkagumkan. Malah, anak saya juga dilantik sebagai fasilitator kelasnya dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.”

NAMA: JEFRI ARMANDO DAN ANAKNYA, MUHAMMAD AQIL FIRDAUS, 2 BULAN
KERJAYA: AHLI HPA SABAH

“Isteri saya mengamalkan minum Kopi Radix sejak Muhammad Aqil di dalam kandungan lagi. Nyata sebaik dilahirkan, anak saya ini lebih cerdas dan pintar. Malah, ketika berusia satu bulan, dia mula menunjukkan tanda untuk berdiri dan tidak suka berbaring.”

NAMA: PRIZYLL JINIK, 20 TAHUN
ASAL: KOTA MARUDU, SABAH

“Saya mengalami masalah tangan pecah sejak kanak-kanak lagi. Perubahan cuaca dan menggunakan bahan pencuci atau sabun yang tidak sesuai akan mengakibatkan tangan saya mengelupas dengan teruk dan keadaan itu sungguh menyakitkan. Namun, atas nasihat ibu saudara saya juga ahli HPA, saya mengamalkan Teh Herba dan masalah saya hadapi itu, terus hilang,”

NAMA: SUZI SUGING BINTI ROBUYUT
STATUS: STOKIS HPA INANAM, SABAH

“Saya menghadapi masalah stres dan mirgrain sungguh lama. Ubat moden sudah banyak digunakan tetapi hanya bersifat penahan sakit. Selepas menggunakan Herba Tuju Angin dan beberapa herba lain, penyakit saya hilang sama sekali. Kina, saya menjadi stokis HPA kerana berasa yakin dengan produk keluaran syarikat ini selepas menggunakannya sendiri.”

Sumber: Majalah HPA News Edisi bulan Mei 2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan