Kopi Radix...Mai Secawan. Pasti anda masih ingat dialog iklan ini di kaca TV. Kini Radix bukan sekadar kopi. Pelbagai produk telah dikeluarkan menggunakan jenama Radix termasuk restoran HPA seperti Radix Fried Chicken (RFC). Radix adalah satu jenama.
Syarikat yang mengusahakannya ialah HPA Industries Sdn Bhd. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 adalah merupakan sebuah syarikat tempatan dan 100% milik bumiputra Muslim. HPA sangat komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal seperti:
Makanan kesihatan berasaskan herba,
Produk makanan & minuman Halal
Produk makanan sejuk beku
Produk aiskrim
Produk penjagaan diri
Produk kegunaan harian dan
Produk kosmetik
Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih 300 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.
CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA:
Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menggunakan 100% herba.
Tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan steroid.
Melepasi ujian had kandungan logam berat, ujian had Mikrob dan ujian had kecairan.
Dipantau oleh Panel Syariah HPA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan